Pada
zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu
menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka
membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat
seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak
hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah
pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin
berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat
balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan
dengan si jejaka.
Hari
betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua
muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga
dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa
masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada
suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan
perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya
dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka
diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau
Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita
berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti.
Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna
merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum
bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan
malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada
hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang
dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya.
Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen
keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah
sepertinya.
Tiba-tiba,
si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan
berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling
seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat
sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna
merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis
pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia
memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku
amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam
bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk
bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku
tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita
memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu
kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini
sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa
ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati
dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang
kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis
cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan
seluhur hati pemuda itu?
(copy & paste)
No comments:
Post a Comment